Minggu 1
Penulis- Pak Sako
Pak Sako ataupun Ishak Haji Muhammad. Aktif pada tahun 30an’ sehingga tahun 50’an, beliau merupakan seorang penulis yang nasionalis. Pak Sako mula terlibat dalam dunia penulisan sejak negara kita masih belum merdeka sehinggalah pascamerdeka. Beliau mempunyai semangat juang yang sangat tinggi dalam penyatuan Melayu Raya iaitu menyatukan Indonesia, Malaysia dan juga Brunei dalam satu serumpun. Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei serta menulis rencana untuk Kumpulan Utusan Melayu. Karya beliau yang cukup terkenal adalah “Putera Gunung Tahan” dan “Anak Mat Lela Gila”. Dua karya ini merupakan novel satira yang mengkritik orang British dan juga mencerminkan cita-cita beliau sebagai seorang yang patriot.
评论
发表评论