Minggu 10

Semenanjung Menangis karya Ariff Mohamed


Karya ini bergerak daripada sejarah pedih penjajahan yang memisahkan alam Melayu 'dikotakkan' kepada Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura sehingga terkesan kepada anak muda, Aminuddin Rizal, apatah lagi ibunya, Habibah banyak mencurahkan falsafah kemerdekaan di sebalik kesederhanaan wanita berkenaan.

Tidak hanya berlegar dalam sejarah silam, novel ini turut mengungkapkan kemelut politik moden sehingga mengubah landskap politik tanah yang dianggap berbentuk air mata dalam mengadun konflik pelbagai watak yang ada.

Ini adalah sebuah karya bagi saya kuat dari segi cerita dan temanya. Unsur cinta dibaurkan dalam satu jaluran cerita yang mengurai lancar. Meskipun penulis bermain dengan imbas kembali, namun ceritanya masih berjalan dengan indah. Cinta antara Ayah, Ibu, Rizal, Ain dan para pejuang keadilan - masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Novel politik yang disyorkan untuk dibaca oleh semua, khususnya para remaja yang berdogmakan politik dalam kehidupan. Membaca novel ini, perlu mengetepikan ideologi yang berbeza-beza.

Ariff Mohamad tidak mengecewakan dengan gaya bahasa yang indah, diksi-diksi yang segar, kata-kata yang menganjurkan semangat yang wajar dan akhirnya menutup setiap bab dengan kata-kata yang kuat perlambangannya.


评论