Minggu 12

Amuk Si Anak Zapin karya Ali Jusoh



Bertingkah pada tiga anak muda, iaitu Adi Kelana, Wan Jamal dan Jelatang, novel ini membawa kisah perjuangan yang bermula di gelanggang latihan zapin perang hingga medan pertempuran menentang penjajah.

Daripada paluan rebana dan gambus yang melatari latihan mereka, medan bertukar kepada tingkah bersenjatakan keris dan badik serta rencong dan sundang untuk menghalau musuh tanah air tetapi pada masa terpaksa menghadapi pengkhianat dan ada kalanya merasai cinta mendebarkan.

Antara karya yang menarik. Saya suka cara penulisannya. Bagi saya ini antara karya yang membangkitkan soal kasih sayang negara dan zapin. kberanian anak pemuda yang sanggup tinggalkan isteri, keluarga dan kampung untuk berperang.

评论