Minggu 13
“Lela Rentaka” karya Syahidatul Munirah
Lela Rentaka ialah nama kepada meriam kecil yang sangat signifikan dalam dunia kepahlawanan Melayu, khususnya dalam sejarah Langkasuka.
Begitu banyak babak perit dan getir yang telah diteroka oleh penulis yang mana selama ini jarang kita ambil tahu dan peduli.
Sejarah menawarkan makna, rasa dan pengalaman berbeza. Membaca sejarah mungkin membosankan, tetapi apabila sejarah difiksyenkan, ia boleh menjadi cerita yang penuh aksi dan dramatik.
Sebanyak 12 cerpen yang terhimpun dalam karya sulung Syahidatul Munirah ini menampilkan kematangan pengarang yang mengungkapkan sejarah Melayu secara kreatif dengan bergerak daripada simbol, konsep dan tokoh penting dalam pensejarahan serta kebudayaan bangsa besar ini. Kumpulan cerpen yang diangkat sebagai pemenang kedua Sayembara Penulisan 2 kategori berkenaan, menghantar pesan penting kepada generasi cerpenis terbabit dalam berdepan dengan persoalan pascamodenisme dan imperialisme bentuk baharu.
评论
发表评论