Minggu 2

 Mukadimah karya Ibn Khaldun

    Di dunia akademia, buku ini sangat berpengaruh. Mukaddimah juga dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun, atau Prolegomena, iaitu kitab yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun, seorang tokoh sosiologis, ahli falsafah, sejawaran dan teoris yang sangat terkenal dalam tradisi keilmuan Islam. Buku ini sebenarnya hanya merupakan mukaddimah kepada buku sejarah Ibn Khaldun yang agung iaitu Kitābu l-ʻibar yang bermaksud “Buku Pengajaran” tetapi sudah menjadi karya tersendiri semasa hayatnya.

    Buku ini telah berjaya menghurai teori ketamadunan, jatuh bangun sesebuah bangsa dan bagaimana masyarakat berfungsi di dalam proses pembangunan sesebuah empayar atau negara. Pendek kata, jika mahu jadi pandai,bacalah buku.

    Ibn Khaldun memulakan Mukaddimah dengan memberi kritikan menyeluruh terhadap kesilapan yang sering dilakukan oleh para sejarawan dan kemusykilan yang dihadapi ahli sejarah dalam kerja mereka. Ibn Khaldun menurunkan di dalam Mukaddimah teorinya berkaitan masyarakat insani sebagai jawapan kepada hujah ketujuh.

      Buku ini telah diterjemah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

评论