Minggu 3

 Penulis- A.Samad Said

   



    A.Samad Said seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera.  Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka.  Sumbangan A.  Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya.

    Samad dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa  berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan beliau mendapat pendidikan asas dan menengahnya di sana.  A. Samad Said belajar di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940 – 1946) sebelum meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution.  Dari situ, beliau belajar sendiri hingga memperoleh sijil Senior Cambridge (1956).

    A.Samad Said bermula sebagai seorang kerani hospital, A. Samad Said kini telah diiktiraf sebagai Sasterawan Negara dan juga Sasterawan Nusantara. Beliau juga digelar sebagai Pejuang Sastera oleh komuniti kesusasteraan Malaysia. Menggunakan nama pena yang pelbagai seperti Manja, Isa Dahmuri dan Jamil Kelana, beliau telah menghasilkan begitu banyak karya sastera seperti novel, cerpen, puisi, esei dan kritikan serta drama. Karya novel beliau bernama “Salina” adalah cukup terkenal dan bertaraf antarabangsa. Novel ini berlatarbelakangkan sebuah kehidupan masyarakat Melayu Singapura selepas perang dunia ke-2 yang begitu daif. Kehidupan beliau pada masa ini sedikit rumit selepas beliau memilih untuk mengubah haluan politiknya. 

评论