Minggu 6
Penulis- Ramlee Awang Murshid (RAM)
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah novelis Malaysia dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1986 hingga 2010.
Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 di Papar, Sabah. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kapayan, Kota Kinabalu dari 1974 hingga 1979. Ramlee menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di Kolej Sabah dalam tahun 1984 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiati Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau banyak mempertaruhkan elemen seram dan seram ngeri dalam novelnya hingga mendapat julukan sebagai penulis novel thriller.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
评论
发表评论