Minggu 7
Juara karya S.Othman Kelantan
Penuh satira. Novel Juara berkisar tentang lelaki bernama Mamat, dan pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada Mat San, Seli, Salim dan Jal yang kematian rakan karib mereka, Abang Lazim yang juga bapa kepada Sani dan Salim. Abang Lazim telah dibunuh dan ditembak setelah mereka menjuarai pertandingan laga lembu.
Novel ini menyerlahkan imej politik dan simbol sosiopolitik serta sosioekonomi di negeri Kelantan melalui acara perlagaan lembu yang menjadi persoalan utama dalam novel ini yang sekali gus memperlihatkan unsur simbolik terhadap watak Mamat yang terpaksa mengalah kepada kehendak idnya untuk menjadi juara politik, tetapi sebaliknya menjadi juara dalam perlagaan lembu.
评论
发表评论