Minggu 9
Ah Fook karya Jong Chian Lai
Mengungkapkan kehidupan lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar, Yong Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme merantau ke kepulauan Borneo dengan bekerja sebagai kuli di rumah agam milik kapitan Cina di Sarawak.
Apabila Jepun menguasai Asia Tenggara, Ah Fook terpaksa berkahwin dengan wanita tempatan berketurunan Cina-Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun, sekali gus memulakan sejarah baharu di tanah yang mula dicintainya.
Ini adalah sebuah novel yang menceritakan tentang Ah Fook dan keluarganya. Ah Fook lari dari komunis di China dan merantau ke tanah Borneo. Seluruh novel ini bercerita tentang kepayahan, kesusahan dan keperitan hidup Ah Fook. Hidupnya sekadar mencari wang untuk hidup dan membesarkan anak-anak sehingga lupauntuk bermasyarakat dan mensyukuri nikmat hidup. Selesai baca novel ini rasa tidak gemar dengan sikap Ah Fook yang tidak mahu bermesra dengan tempat barunya. Tak berkenan dan simpati dengan sikapnya yang bergelut dengan kepayahan hidup.
Oleh kerana penulisnya dari Sarawak, saya sedikit kecewa kerana kerencaman adat dan budaya Sarawak kurang ditonjolkan berbanding karya beliau yang lain.
评论
发表评论