博文

Minggu 14

 Kesan mengikut Kursus Penglahiran Bakat Kreatif (BBK3410 - Kumpulan 2)     Sepanjang 14 minggu kuliah BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif ini, saya dapat menambah banyak ilmu pengetahuan. Saya telah mengetahui cara untuk mencipta karya kreatif seperti novel, cerpen, sajak dan drama. Melalui beberapa tugasan yang saya telah buat dalam kursus ini, saya mempunyai peluang untuk membaca pelbagai buku sastera melayu yang baik. Hal ini kerana saya tidak mempunyai tabiat dalam membaca buku-buku sastera sebelum ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dan mengenali penulis-penulis yang hebat di Malaysia serta hasil karya mereka melalui tugasan yang saya telah buat dalam kursus ini.     Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin kerana beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat bertanggungjawab dan mengajar saya dengan penuh kesabaran dalam sepanjang 14 minggu kuliah ini. Saya amat menghargai ...

Minggu 13

图片
  “Lela Rentaka” karya Syahidatul Munirah      Lela Rentaka ialah nama kepada meriam kecil yang sangat signifikan dalam dunia kepahlawanan Melayu, khususnya dalam sejarah Langkasuka.      Begitu banyak babak perit dan getir yang telah diteroka oleh penulis yang mana selama ini jarang kita ambil tahu dan peduli.      Sejarah menawarkan makna, rasa dan pengalaman berbeza. Membaca sejarah mungkin membosankan, tetapi apabila sejarah difiksyenkan, ia boleh menjadi cerita yang penuh aksi dan dramatik.      Sebanyak 12 cerpen yang terhimpun dalam karya sulung Syahidatul Munirah ini menampilkan kematangan pengarang yang mengungkapkan sejarah Melayu secara kreatif dengan bergerak daripada simbol, konsep dan tokoh penting dalam pensejarahan serta kebudayaan bangsa besar ini. Kumpulan cerpen yang diangkat sebagai pemenang kedua Sayembara Penulisan 2 kategori berkenaan, menghantar pesan penting kepada generasi cerpenis terbabit dalam ...

Minggu 12

图片
Amuk Si Anak Zapin karya Ali Jusoh Bertingkah pada tiga anak muda, iaitu Adi Kelana, Wan Jamal dan Jelatang, novel ini membawa kisah perjuangan yang bermula di gelanggang latihan zapin perang hingga medan pertempuran menentang penjajah. Daripada paluan rebana dan gambus yang melatari latihan mereka, medan bertukar kepada tingkah bersenjatakan keris dan badik serta rencong dan sundang untuk menghalau musuh tanah air tetapi pada masa terpaksa menghadapi pengkhianat dan ada kalanya merasai cinta mendebarkan. Antara karya yang menarik. Saya suka cara penulisannya. Bagi saya ini antara karya yang membangkitkan soal kasih sayang negara dan zapin. kberanian anak pemuda yang sanggup tinggalkan isteri, keluarga dan kampung untuk berperang.

Minggu 11

图片
Bukan Orang-Orang karya Hafizah Iszahanid      Mo, anak pendatang dari China yang lahir di Tanah Melayu, dibesarkan dengan kisah penderitaan bapanya di negara asal dan harapan untuk bahagia di negara baharu, iaitu Tanah Melayu dengan melalui sendiri suka duka sejarah perjalanan kenegaraan hasil perpaduan sesama bangsa.      Membesar dengan Midah, anak anggota polis yang juga tinggal di kem Cina, mereka terus bersaudara sehingga ke hari tua tetapi malangnya persahabatan ikhlas itu tidak dikongsi oleh anak mereka, Qi dan Zara yang terperangkap dengan ideologi perkauman yang kemudiannya terlajak kepada isu agama.      Novel yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ini, membawa isu yang dekat dengan dunia kewartawanan berlatarbelakangkan politik pasca-Reformasi yang boleh dianggap ibarat pintu empangan yang retak (meski tidak sepecah Indonesia) hingga mengubah jalur politik tanah air. Ia membawa kisah dua generasi - generasi awal yan...

Minggu 10

图片
Semenanjung Menangis karya Ariff Mohamed Karya ini bergerak daripada sejarah pedih penjajahan yang memisahkan alam Melayu 'dikotakkan' kepada Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura sehingga terkesan kepada anak muda, Aminuddin Rizal, apatah lagi ibunya, Habibah banyak mencurahkan falsafah kemerdekaan di sebalik kesederhanaan wanita berkenaan. Tidak hanya berlegar dalam sejarah silam, novel ini turut mengungkapkan kemelut politik moden sehingga mengubah landskap politik tanah yang dianggap berbentuk air mata dalam mengadun konflik pelbagai watak yang ada. Ini adalah sebuah karya bagi saya kuat dari segi cerita dan temanya. Unsur cinta dibaurkan dalam satu jaluran cerita yang mengurai lancar. Meskipun penulis bermain dengan imbas kembali, namun ceritanya masih berjalan dengan indah. Cinta antara Ayah, Ibu, Rizal, Ain dan para pejuang keadilan - masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Novel politik yang disyorkan untuk dibaca oleh semua, khususnya para remaja yang ...

Minggu 9

图片
Ah Fook karya Jong Chian Lai Mengungkapkan kehidupan lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar, Yong Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme merantau ke kepulauan Borneo dengan bekerja sebagai kuli di rumah agam milik kapitan Cina di Sarawak. Apabila Jepun menguasai Asia Tenggara, Ah Fook terpaksa berkahwin dengan wanita tempatan berketurunan Cina-Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun, sekali gus memulakan sejarah baharu di tanah yang mula dicintainya. Ini adalah s ebuah novel yang menceritakan tentang Ah Fook dan keluarganya. Ah Fook lari dari komunis di China dan merantau ke tanah Borneo. Seluruh novel ini bercerita tentang kepayahan, kesusahan dan keperitan hidup Ah Fook. Hidupnya sekadar mencari wang untuk hidup dan membesarkan anak-anak sehingga lupauntuk bermasyarakat dan mensyukuri nikmat hidup. Selesai baca novel ini rasa tidak gemar dengan sikap Ah Fook yang tidak mahu bermesra dengan tempat barunya. Ta...

Minggu 8

图片
 Penulis- Abdul Latip bin Talib      Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.      Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian sejarah Islam.      Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005.  ...