博文

目前显示的是 六月, 2022的博文

Minggu 14

 Kesan mengikut Kursus Penglahiran Bakat Kreatif (BBK3410 - Kumpulan 2)     Sepanjang 14 minggu kuliah BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif ini, saya dapat menambah banyak ilmu pengetahuan. Saya telah mengetahui cara untuk mencipta karya kreatif seperti novel, cerpen, sajak dan drama. Melalui beberapa tugasan yang saya telah buat dalam kursus ini, saya mempunyai peluang untuk membaca pelbagai buku sastera melayu yang baik. Hal ini kerana saya tidak mempunyai tabiat dalam membaca buku-buku sastera sebelum ini. Selain itu, saya juga dapat mengetahui dan mengenali penulis-penulis yang hebat di Malaysia serta hasil karya mereka melalui tugasan yang saya telah buat dalam kursus ini.     Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya, iaitu Prof. Madya Dr. Kamariah Kamarudin kerana beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat bertanggungjawab dan mengajar saya dengan penuh kesabaran dalam sepanjang 14 minggu kuliah ini. Saya amat menghargai ...

Minggu 13

图片
  “Lela Rentaka” karya Syahidatul Munirah      Lela Rentaka ialah nama kepada meriam kecil yang sangat signifikan dalam dunia kepahlawanan Melayu, khususnya dalam sejarah Langkasuka.      Begitu banyak babak perit dan getir yang telah diteroka oleh penulis yang mana selama ini jarang kita ambil tahu dan peduli.      Sejarah menawarkan makna, rasa dan pengalaman berbeza. Membaca sejarah mungkin membosankan, tetapi apabila sejarah difiksyenkan, ia boleh menjadi cerita yang penuh aksi dan dramatik.      Sebanyak 12 cerpen yang terhimpun dalam karya sulung Syahidatul Munirah ini menampilkan kematangan pengarang yang mengungkapkan sejarah Melayu secara kreatif dengan bergerak daripada simbol, konsep dan tokoh penting dalam pensejarahan serta kebudayaan bangsa besar ini. Kumpulan cerpen yang diangkat sebagai pemenang kedua Sayembara Penulisan 2 kategori berkenaan, menghantar pesan penting kepada generasi cerpenis terbabit dalam ...

Minggu 12

图片
Amuk Si Anak Zapin karya Ali Jusoh Bertingkah pada tiga anak muda, iaitu Adi Kelana, Wan Jamal dan Jelatang, novel ini membawa kisah perjuangan yang bermula di gelanggang latihan zapin perang hingga medan pertempuran menentang penjajah. Daripada paluan rebana dan gambus yang melatari latihan mereka, medan bertukar kepada tingkah bersenjatakan keris dan badik serta rencong dan sundang untuk menghalau musuh tanah air tetapi pada masa terpaksa menghadapi pengkhianat dan ada kalanya merasai cinta mendebarkan. Antara karya yang menarik. Saya suka cara penulisannya. Bagi saya ini antara karya yang membangkitkan soal kasih sayang negara dan zapin. kberanian anak pemuda yang sanggup tinggalkan isteri, keluarga dan kampung untuk berperang.

Minggu 11

图片
Bukan Orang-Orang karya Hafizah Iszahanid      Mo, anak pendatang dari China yang lahir di Tanah Melayu, dibesarkan dengan kisah penderitaan bapanya di negara asal dan harapan untuk bahagia di negara baharu, iaitu Tanah Melayu dengan melalui sendiri suka duka sejarah perjalanan kenegaraan hasil perpaduan sesama bangsa.      Membesar dengan Midah, anak anggota polis yang juga tinggal di kem Cina, mereka terus bersaudara sehingga ke hari tua tetapi malangnya persahabatan ikhlas itu tidak dikongsi oleh anak mereka, Qi dan Zara yang terperangkap dengan ideologi perkauman yang kemudiannya terlajak kepada isu agama.      Novel yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) ini, membawa isu yang dekat dengan dunia kewartawanan berlatarbelakangkan politik pasca-Reformasi yang boleh dianggap ibarat pintu empangan yang retak (meski tidak sepecah Indonesia) hingga mengubah jalur politik tanah air. Ia membawa kisah dua generasi - generasi awal yan...

Minggu 10

图片
Semenanjung Menangis karya Ariff Mohamed Karya ini bergerak daripada sejarah pedih penjajahan yang memisahkan alam Melayu 'dikotakkan' kepada Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia dan Singapura sehingga terkesan kepada anak muda, Aminuddin Rizal, apatah lagi ibunya, Habibah banyak mencurahkan falsafah kemerdekaan di sebalik kesederhanaan wanita berkenaan. Tidak hanya berlegar dalam sejarah silam, novel ini turut mengungkapkan kemelut politik moden sehingga mengubah landskap politik tanah yang dianggap berbentuk air mata dalam mengadun konflik pelbagai watak yang ada. Ini adalah sebuah karya bagi saya kuat dari segi cerita dan temanya. Unsur cinta dibaurkan dalam satu jaluran cerita yang mengurai lancar. Meskipun penulis bermain dengan imbas kembali, namun ceritanya masih berjalan dengan indah. Cinta antara Ayah, Ibu, Rizal, Ain dan para pejuang keadilan - masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Novel politik yang disyorkan untuk dibaca oleh semua, khususnya para remaja yang ...

Minggu 9

图片
Ah Fook karya Jong Chian Lai Mengungkapkan kehidupan lelaki Cina yang dihimpit kemiskinan sejak tiga generasi di negara Tembok Besar, Yong Ah Fook yang kecewa dengan sistem komunisme merantau ke kepulauan Borneo dengan bekerja sebagai kuli di rumah agam milik kapitan Cina di Sarawak. Apabila Jepun menguasai Asia Tenggara, Ah Fook terpaksa berkahwin dengan wanita tempatan berketurunan Cina-Melanau demi menyelamatkan wanita itu daripada kekejaman tentera Jepun, sekali gus memulakan sejarah baharu di tanah yang mula dicintainya. Ini adalah s ebuah novel yang menceritakan tentang Ah Fook dan keluarganya. Ah Fook lari dari komunis di China dan merantau ke tanah Borneo. Seluruh novel ini bercerita tentang kepayahan, kesusahan dan keperitan hidup Ah Fook. Hidupnya sekadar mencari wang untuk hidup dan membesarkan anak-anak sehingga lupauntuk bermasyarakat dan mensyukuri nikmat hidup. Selesai baca novel ini rasa tidak gemar dengan sikap Ah Fook yang tidak mahu bermesra dengan tempat barunya. Ta...

Minggu 8

图片
 Penulis- Abdul Latip bin Talib      Abdul Latip bin Talib (lahir 2 Jun 1954) ialah seorang penulis yang aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam.      Pencapaian dan sumbangan terbesar beliau mungkin sekali adalah dalam menarik minat golongan remaja untuk membaca bahan sejarah melalui penulisan siri Novel Sejarah Islam yang diterbitkan oleh PTS Fortuna. Berdasarkan laman web universitipts.com, karya-karya beliau telah berjaya membantu pelajar-pelajar sekolah memperbaiki markah pencapaian ujian sejarah Islam.      Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005.  ...

Minggu 7

图片
Juara karya S.Othman Kelantan Penuh satira. Novel Juara berkisar tentang lelaki bernama Mamat, dan pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada Mat San, Seli, Salim dan Jal yang kematian rakan karib mereka, Abang Lazim yang juga bapa kepada Sani dan Salim. Abang Lazim telah dibunuh dan ditembak setelah mereka menjuarai pertandingan laga lembu. Novel ini menyerlahkan imej politik dan simbol sosiopolitik serta sosioekonomi di negeri Kelantan melalui acara perlagaan lembu yang menjadi persoalan utama dalam novel ini yang sekali gus memperlihatkan unsur simbolik terhadap watak Mamat yang terpaksa mengalah kepada kehendak idnya untuk menjadi juara politik, tetapi sebaliknya menjadi juara dalam perlagaan lembu.

Minggu 6

 Penulis- Ramlee Awang Murshid (RAM) Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah novelis Malaysia dan juga bekas wartawan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dari 1986 hingga 2010. Ramlee Awang Murshid dilahirkan pada 4 November 1967 di Papar, Sabah. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Kapayan, Kota Kinabalu dari 1974 hingga 1979. Ramlee menamatkan pengajiannya selama 4 tahun di Kolej Sabah dalam tahun 1984 dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiati Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis seram dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002. Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit. Beliau banyak mempertaruhkan elemen seram dan ...

Minggu 5

  "Selamat Datang ke Malaywood" karya Roslan Jomel      Selamat Datang ke Malaywood ( Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2012, 319 hal ) karya Roslan Jomel menghimpunkan 18 buah cerpen yang penuh dengan magis-magis kritikan budaya, sosial dan politik. Semua cerpennya menghapuskan sempadan antara fiksyen dan realiti, tergelincir daripada hukum logik, menjungkarbalikkan plot dan persoalan, malah bebas daripada ikatan ruang serta waktu. Ini semacam langgam penulis muda Roslan Jomel ini. Katanya, " saya sama sekali tidak melihat saya sebagai penulis nasional. Saya tidak mempercayai nasionalisme dalam kesusasteraan. Khususnya sekarang, saya fikir sastera cerminan peristiwa internasional, " Beliau memetik ungkapan Carlos Fuentes menakrifkan gambaran besar definisi kesusasteraan kontemparari. Roslan juga terpesona oleh kata-kata SN Muhammad Haji Salleh, " membaca karya hebat ialah suatu pendekatan untuk memajukan diri, "      Bagi Roslan, beliau memulakan...

Minggu 4

 Penulis- Ahadiat Akashah    Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah (44) adalah seorang novelis remaja di Malaysia. Beliau kelahiran Kampung Gombak Tambahan, Gombak, Selangor. Beliau diiktiraf sebagai penulis novel terbanyak di Malaysia oleh Malaysian Book of Records (86 buah buku). Beliau juga dikatakan novelis terkaya di Malaysia hasil penjualan novel. Ahadiat merupakan graduan aliran Komputer Perniagaan dari City and Guilds of London Institute, United Kingdom. Beliau menceburi bidang penulisan novel sejak 1985. Namanya melonjak naik setelah novel remaja 'Budak Setan' diterbitkan pada 1995. Novelnya terpilih menjadi teks Komsas iaitu Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) pada 2007. Kemudian menubuhkan syarikat penerbitan Roket Kertas Sdn. Bhd. Filem Lagenda Budak Setan – The Movie pada 2010 adalah berdasarkan novelnya Lagenda Budak Setan.

Minggu 3

图片
 Penulis- A.Samad Said         A.Samad Said   seorang pengarang Melayu yang agak unik dan tersendiri dalam perkembangan penulisannya yang dimulai dengan puisi dan cerpen, kemudian meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritikan sastera.  Sejak giat mengarang dalam tahun 1950, beliau telah memperlihatkan kekuatan daya kreatif yang sentiasa berkembang dan lebih bersifat meneroka.  Sumbangan A.  Samad Said kepada kesinambungan kesusasteraan Melayu kelihatan cukup menyerlah kerana beliau ialah penulis yang begitu menonjol dalam perkembangan kesusasteraan Melayu yang menyambungkan ASAS 50 dengan angkatan sesudahnya.      Samad dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.   Semasa  berumur enam bulan, Samad dibawa oleh keluarganya ke Singapura dan beliau mendapat pendidikan asas dan menengahnya di sana.  A. Samad Said belajar di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1...

Minggu 2

 Mukadimah karya Ibn Khaldun     Di dunia akademia, buku ini sangat berpengaruh. Mukaddimah juga dikenali sebagai Muqaddimah Ibnu Khaldun, atau Prolegomena, iaitu kitab yang dihasilkan oleh Ibn Khaldun, seorang tokoh sosiologis, ahli falsafah, sejawaran dan teoris yang sangat terkenal dalam tradisi keilmuan Islam. Buku ini sebenarnya hanya merupakan mu kaddimah kepada buku sejarah Ibn Khaldun yang agung iaitu  Kitābu l-ʻibar yang bermaksud “Buku Pengajaran” tetapi sudah menjadi karya tersendiri semasa hayatnya.      Buku ini telah berjaya menghurai teori ketamadunan, jatuh bangun sesebuah bangsa dan bagaimana masyarakat berfungsi di dalam proses pembangunan sesebuah empayar atau negara. Pendek kata, jika mahu jadi pandai,bacalah buku.     Ibn Khaldun memulakan Mukaddimah dengan memberi kritikan menyeluruh terhadap kesilapan yang sering dilakukan oleh para sejarawan dan kemusykilan yang dihadapi ahli sejarah dalam kerja mereka. Ibn Khaldun me...

Minggu 1

图片
Penulis- Pak Sako      Pak Sako ataupun Ishak Haji Muhammad. Aktif pada tahun 30an’ sehingga tahun 50’an, beliau merupakan seorang penulis yang nasionalis. Pak Sako mula terlibat dalam dunia penulisan sejak negara kita masih belum merdeka sehinggalah pascamerdeka. Beliau mempunyai semangat juang yang sangat tinggi dalam penyatuan Melayu Raya iaitu menyatukan Indonesia, Malaysia dan juga Brunei dalam satu serumpun. Pak Sako banyak menghasilkan novel, cerpen, esei serta menulis rencana untuk Kumpulan Utusan Melayu. Karya beliau yang cukup terkenal adalah “Putera Gunung Tahan” dan “Anak Mat Lela Gila”. Dua karya ini merupakan novel satira yang mengkritik orang British dan juga mencerminkan cita-cita beliau sebagai seorang yang patriot.